Kesilapan Utama Pelaburan Hartanah

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions

Pelaburan hartanah telah menjadi kegilaan ramai orang di luar sana yang ingin keluar daripada belenggu hidup zaman moden ini. Apatah lagi apabila melihat ramai yang telah terlibat dengan pelaburan hartanah mula mengubah cara hidup mereka dan juga lebih ke arah kebebasan kewangan.

Ya! Itulah yang dicari‐cari selama ini. Kebebasan kewangan menjadi impian semua yang bermimpi “ingin duduk rumah, goyang kaki, duit masuk”.

Namun tidak ramai yang mengetahui akan bahayanya pelaburan hartanah ini. Terikut‐ikut dengan mereka yang teruja, tanpa terlebih dahulu memahami selok–belok pelaburan hartanah, terjerumuslah mereka ke kancah neraka “Pelaburan Hartanah”. Kebanyakan mereka berbuat demikian setelah mereka terlibat dengan pelaburan hartanah.

Antara kesilapan besar pelaburan hartanah yang mungkin anda telah lakukan tanpa sedar:

Tiada Perancangan
Anda menunjukkan minat dalam pelaburan hartanah apabila melihat orang yang melabur dalam hartanah. Orang yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan, hasil daripada jualan hartanah beliau. keuntungan yang diperolehi hampir 2 kali ganda.

Apakah rahsia pelaburan hartanah ini?

Anda pun mulalah mencari‐cari :
  • “Lubang‐lubang” pelaburan yang mana anda boleh masuk, 
  • forum‐forum hartanah yang terkenal di Malaysia 
  • expo‐expo hartanah di pusat membeli belah dan pusat konvension 
  • buku‐buku pelaburan hartanah yang terkemuka 
Kali ini anda sudah bersedia. Apabila terjumpa sahaja peluang di depan mata, anda terus melompat bagai kucing yang ternampak ikan. 

Masalah di sini akan timbul kerana :
  • Adakah peluang itu ialah peluang atau dikatakan “peluang”? 
  • Siapa yang kata itu adalah “peluang”? (anda yang baru setahun jagung?) 
  • Sudahkah anda membuat rancangan rapi mengenai peluang itu? 
  • Bagaimana jika peluang itu menjadi debu? (sanggup ke nak tanggung?) 
Jadi langkah pertama yang anda patut ambil ialah sediakan satu rancangan yang komprehensif untuk pelaburan hartanah anda itu tadi.

“Ïf You Fail To Plan, You Will Fail” – Jika Anda Gagal untuk merancang, anda akan GAGAL."

Terlalu Jauh
Selalu kita mendapat tawaran yang “menyeronokkan” apabila terlibat dengan pelaburan hartanah  ini. Tiba‐tiba sahaja semua orang mula menawarkan hartanah untuk dibeli kepada kita.

Antaranya tanah di langkawi, resort di Terengganu, perlukah kita buat pemeriksaan? Bagaimana itu dan bagaimana ini?

Isu yang paling  penting yang saya sering tekankan ialah kenalpasti siapa yang mendiami rumah tersebut. Cuma ada 2 kategori sahaja.

1. Pemilik Rumah Tersebut
Soalan  yang  harus  ditanya  ketika anda  berjaya  mengenalpasti  pendiami  ialah pemilik rumah  tersebut ialah apa yang akan dilakukan oleh beliau sekiranya anda membeli rumah tersebut semasa lelongan nanti.  Apa  rancangan  beliau  di  masa  akan  datang  untuk tempat berteduh beliau.

2. Penyewa Rumah Tersebut 
Soalan yang harus ditanya  ketika anda berjaya mengenalpasti  pendiami ialah penyewa rumah tersebut ialah  pengetahuan penyewa mengenai lelongan rumah tersebut dan apa rancangan beliau jika rumah tersebut berjaya dilelong.

Tidak Memohon PINJAMAN Secepat Mungkin
Anda tidak tahu bahawa dalam pembelian rumah lelong, terdapat ‘time frame’ atau jangkam masa yang perlu ditepati. Sekiranya anda gagal, maka deposit 10% untuk pembelian rumah lelong tersebut akan hangus. Antara sebab ramai gagal menepati jangka masa tersebut ialah permohonan PINJAMAN dibuat setelah beberapa minggu berjaya membida rumah lelong.

Perlu diingatkan setiap bank di Malaysia mempunyai syarat‐syarat dan terma‐terma masing‐masing. Ianya tidak ‘standard’ atau sama bagi setiap bank. Bergantung kepada polisi pihak pengurusan bank tersebut. 

Isu yang sering timbul di sini adalah seperti berikut:
  • Anda tidak boleh memohon PINJAMAN dengan pihak bank. (CCRIS,CTOS).
  • Anda tidak layak untuk memohon jumlah PINJAMAN yang sepatutnya selari dengan harga rumah lelong tersebut. (90% PINJAMAN/<RM100,000.00).
  • Anda  tidak tahupun pihak bank tidak MEMBIAYAI sebarang pembelian di kawasan  tersebut. 
  • Anda tidak memahami sistem perbankan di Malaysia, dokumen‐dokumen wajib yang diperlukan ketika memohon PINJAMAN.
Anda haruslah membuat kaji selidik mengenai perkara ini sebelum anda membeli rumah lelong dan anda  telahpun  menyiapkan  dokumen‐dokumen  yang  diperlukan  dalam  membuat permohonan PINJAMAN terlebih dahulu.

5 Patah Perkataan
Satu kes di mana  sebuah hartanah tidak disewakan selama 2 tahun kerana wujudnya 5 patah perkataan “C‐I‐N‐T‐A” dalam diri seseorang.

Cinta yang dimaksudkan ialah cinta kepada hartanah tersebut. Ini wujud apabila manusia membeli kerana emosi. Bagaimana keadaan sedimikian berlaku? Apabila kita membawa si isteri pergi membeli sebuah hartanah, perkara yang pertama dilihatnya ialah kebersihan rumah tersebut. Keduanya ialah dapur. Ketiga, tandas.

Si suami pula akan jatuh cinta apabila melihat terdapatnya ruang untuk beliau meluahkan perasaannya, seperti ruang “Game Room”atau laman yang luas.

Bila pelaburan hartanah bercampur dengan 5 patah perkataan, pincanglah irama. Kes 2 tahun hartanah kosong tanpa disewakan kepada orang dalam proses menjana pendapatan pasif. 

“Daripada aku sewakan kepada orang dan mereka akan rosakkan rumah ini, lebih baik rumah ini kosong tanpa ada penghuni!”ujar beliau.

"Cinta dan Matlamat harus dipisahkan dalam pelaburan hartanah."

Belanja Lebih, Pulangan Kurang
Rumah ini perlu dicat, lantai simen harus diletak “tiles”, tandas kena baiki sehingga sempurna, pintu depan ditukar kepada pintu kayu cengal dan “renovation”akan memakan masa dan wang.

Semangat anda semakin tinggi apabila melihat hasil daripada pelaburan anda ke dalam hartanah tersebut. Daripada unit yang kelihatan biasa‐biasa sahaja, bertukar menjadi ala‐ala hotel 3 bintang. Balik rumah, tidur sambil tersenyum puas.

Kiraan yang anda perlu ambil kira:
  1. Pulangan Pelaburan (Return on Investment) 
  2. Pulangan Modal (Cash on Cash Return) 
  3. Harga Bidaan Siling (maksimum bidding price) 
  4. Harga Pasaran Hartanah (Market Value) 
  5. Kos Membaikpulih (Restoration Cost)
Ada banyak lagi yang anda patut ketahui. Dinasihatkan agar anda mencari seorang rakan yang mempunyai minat yang sama dan bincang dengan beliau mengenai perkara ini.

Panduan ini adalah hanya untuk memberikan anda sedikit pencerahan mengenai selok belok dalam pelaburan hartanah.

Risiko tidak boleh dihapuskan.  
  • Risiko tinggi = Pulangan tinggi 
  • Risiko rendah = Pulangan rendah  
  • Pengurusan Risiko = Meminimakan risiko
Agak ramai yang tidak sedar realiti dunia sebenar. Tidak semudah yang disangka. Ini bukan rezeki dating bergolek. Kena buat kerja. Kena labur masa, duit dan keringat. 

“Kekayaan datang kepada mereka yang berusaha."

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.