Tips Membeli Rumah Lelong

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions
  • Sebelum membeli rumah lelong berkenaan, buatlah carian hak milik secara rasmi di Pejabat Tanah. Melawat dan membuat pemeriksaan ke lokasi rumah tersebut. Sebaiknya-baiknya pergi ke pejabat pemaju untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
  • Gunakan perkhidmatan ejen hartanah lelong untuk mendapatkan surat POS (Perisytiharan Jualan), COS (Terma Dan Syarat-Syarat Jualan) dan juga nasihat lanjut.
  • Menyediakan wang deposit sebanyak 5%-10% dari harga rizab (Reserve Price) dalam bentuk Bank Draft dari harga jualan rumah lelong tersebut.
  • Pada hari Lelongan, pembida diwajibka membawa 2 salinan Kad Pengenalan dan deposit Bank Draft.
  • Sertakan surat wakil sekiranya mewakilkan ejen untuk membida sekiranya tidak dapat hadir.
  • Jika hartanah atau rumah lelong berstatus Bumiputera, hanya golonhan itu sahaja yang layak menyertai lelongan.
  • Pembida perlu menyediakan wang tunai tambahan sekiranya berjaya membeli rumah lelong tersebut untuk bayaran antara 10% dari harga perbezaan pembelian dengan 10% harga rizab dan menandatangani surat Kontrak Jualan.
  • Buat pinjaman bank dalam tempah yang ditetapkan. Kebiasaannya dalam tempoh 90-120 hari.
Setiap hari banyak notis lelongan hartanah dan rumah disiarkan diakhbar dan pasti menarik minat orang ramai, terutama pada yang ingin membeli rumah atau untuk tujuan pelaburan. Hartanah atau rumah yang ingin dilelong biasanya lebih murah berbanding dari harga pasaran semasa tetapi mungkin keadaan rumah terbabit tidak begitu sempurna dan banyak kerosakan kerana lama dibiarkan.

Selain di akhbar, iklan atau notis Lelongan Awam, hartanah atau rumah juga dipamerkan di bank yang membiayai pinjaman hartanah terbabit atau pejabat daro agensi-agensi lelongan hartanah.

Kebiasaannya sesebuah rumah dilelong kerana pemilikl (peminjam) gagal menjelaskan pinjaman bank tetapi ada juga pemilik meminta agensi pelelong menjual rumah mereka kerana sebab-sebab tertentu. Ada rumah dilelong dengan harga serendah RM7000 (berdasarkan lokasi dan jenis rumah) dan kebanyakan hartanah yang dilelong lebih murah sekitar 30%-40% berbanding dari harga pasaran semasa.

Selain itu, membeli rumah lelong boleh mengelak risiko menjadi projek mangsa terbengkalai kerana hartanah itu sudah siap dibina, lengkap dengan dokumen serta kemudahan di sekitarnya tetapi pembeli perlu menanggung kos perbelanjaan dari segi membaiki kerosakan rumah. Bank yang membiayai pinjaman rumah rumah berkenaan juga biasa menyediakan kemudahan pinjaman kepada bakal pembeli baru dan mungkin ada tawaran pakej yang menarik.

Selain harga, bakal pembeli perlu menilai lokasi hartanah tertabit, jenis pegangan hartanah, bayaran tunggakan yang  mungkin ada seperti cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan nasihat ejen atau peguam mengenai keperluan yang perlu ada bagi memudahkan urusan pembelian hartanah atau rumah lelong yang ingin dibeli.

Bakal pembeli perlu menyediakan wang deposit dari 5%-10% dari harga rizab (Reserve Price) dalam bentuk Bank Draft manakala bakinya dalam tempoh tertentu supaya pembeli menyelesaikan urusan pinjaman. Bayaran deposit yang rendah ini membuka peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi memiliki rumah sendiri. Rumah lelong juga sesuai bagi mereka yang ingin membuat pelaburan dalam bidang hartanah.

Namun, bakal pembeli seharusnya menyemak status kelayakan pinjaman terlebih dahulu bagi mengelakkan wang deposit akan diambil oleh pihak bank sekiranya gagal membuat pinjaman dalam tempoh masa yang diberikan. Bagi mereka yang ingin membeli rumah kedua, rumah lelong adalah yang paling sesuai kerana ia dijual pada harga yang berpatutan dan menjimatkan. Ia juga boleh dapat memberikan keuntungan kepada mereka yang membeli untuk membuat pelaburan.

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Tags: hartanah, rumah, lelong, duit, jual, beli