Kunci Utama Merancang Pelaburan Hartanah Di Malaysia

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions

Orang yang mempertimbangkan untuk membeli hartanah di Malaysia untuk tujuan pelaburan perlu berfikir tentang semua aspek kewangan urusniaga.

Ini adalah nasihat Michael Yeoh, seorang pakar dalam kewangan, pinjaman dan perancangan di Golden Millennium Consultancy yang memberitahu perwakilan di Seminar Pelaburan Hartanah bahawa ia adalah penting untuk memahami pasaran sewa beli negara.

"Pelabur perlu mempunyai pengetahuan yang baik mengenai membeli dan menjual hartanah, kira-kira pembiayaan hartanah dan aspek undang-undang," beliau berkata.

Encik Yeoh menambah bahawa pelabur perlu bersedia untuk melihat sekeliling untuk pelaburan hartanah yang paling sesuai dan memilih aset yang memenuhi matlamat mereka dari segi jangkaan keuntungan.

Keratan akhbar Sun Daily melaporkan bahawa Persatuan Pemaju Malaysia memberi amaran kepada kerajaan negara mengubah cukai keuntungan hartanah atau membuat perubahan untuk duti setem boleh memberi kesan negatif kepada sektor hartanah.

Organisasi itu mendakwa peningkatan cukai akan menyebabkan pelabur asing berkurangan untuk membeli hartanah di Malaysia, dan juga akan menjejaskan jualan di peringkat domestik.

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Link Exchange







Medan Terbaik Untuk Mendapatkan Rumah Idaman

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions

Lelong biasanya membawa konotasi negatif pada masyarakat negara ini. Apabila memperkatakan hal berkaitan dengan lelong ini ia sering dirujuk sebagai kehilangan harta yang dimiliki dengan cara yang kurang menyenangkan.

Tetapi mungkin ramai yang tidak sedar lelong itu juga sebenarnya merupakan satu peluang kepada pihak lain.

Apabila sesebuah rumah atau kereta milik seseorang itu dilelong ia sebenarnya membuka ruang kepada orang untuk memilikinya.

Kelebihan lelong ialah seseorang itu berupaya memiliki harta tersebut di bawah harga pasaran.

Malah ada yang menyertai lelong terutama yang membabitkan rumah dengan tujuan sebagai pelaburan.

Tetapi bagaimana sesuatu majlis lelong itu berlangsung? Tanggapan pertama ia mungkin kecoh dan riuh rendah dengan pelbagai gelagat pembeli yang mahukan hartanah di lokasi yang diidamkan.

Kesempatan menyertai majlis lelong yang dikendalikan oleh Ehsan Auctioneers Sdn. Bhd. yang terletak di Tingkat 20, Block C, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur baru-baru itu memberikan pengetahuan baru tentang realiti aktiviti lelong.

Ketika memasuki kawasan bilik lelong, jangan terkejut dengan situasi di dalamnya yang agak meriah. Malah marah pembida pula seperti 'berperang' sesama sendiri untuk menawarkan harga terbaik.

Mana tidaknya, melihatkan gelagat orang ramai berlumba-lumba mengangkat padel (nombor yang tertera) bagi menawarkan harga yang mereka rasa mampu pasti akan membuatkan semua orang teruja.

Rumah Lelong Mampu Dimiliki

Jika bernasib baik, rumah yang menjadi idaman pembida tidak diminati ramai maka sudah tentu peluang untuk mendapatkannya lebih tinggi.

Bagaimanapun, jika lokasi rumah tersebut strategik dan diminati ramai maka persaingan pasti sengit.

Setiap kali pembida mengangkat padel, maka nilainya akan naik sebanyak RM1,000 daripada harga asalnya.

Menariknya, harga terakhir rumah yang berjaya dibeli pemilik baru itu menjadi harga baru kepada rumah tersebut mengikut harga pasaran di kawasan itu.

Pengarah Urusannya, Abdul Hamid P.V Abdu berkata, proses lelongan itu amat mudah dan tidak mengambil masa yang panjang.

"Cara untuk mendaftar bagi menyertai majlis lelong juga amat mudah. Individu yang berminat hanya perlu membawa kad pengenalan dan bank draf sebanyak 10 hingga lima peratus daripada harga rizab rumah yang ingin dibeli," jelasnya.

Menurutnya, selepas mereka mendaftar di kaunter pendaftaran, pembida akan diberikan padel yang berbentuk kipas tangan.

Nombor pendaftaran pembida itu tertera atas padel tersebut dan pembida akan dipanggil menerusi nombor berkenaan.

Selepas itu, pembida akan duduk meneliti skrin yang menayangkan gambar dan harga rumah yang dilelong.

Dari situ, pembida akan mula tawar menawar dengan pembida lain yang berminat sehingga ke tahap maksimum.

Setiap sebuah rumah biasanya akan selesai dilelong dalam tempoh lima minit. Tetapi bahang dan cara pembida menaikkan bidaan mereka menjadikannya menarik untuk dilihat.

Pada masa sama peranan jurulelong juga turut memeriahkan suasana di samping dapat mengurangkan ketegangan di kalangan para pembida.

Komunikasi bijak jurulelong dengan pembida juga mampu menaikan harga yang ditawarkan.

Akhirnya pembida yang tampil dengan tawaran tertinggi untuk sesuatu hartanah yang dilelong akan menang.

Apabila seseorang tampil dengan harga terakhir dan tidak lagi di cabar oleh pembida lain, jurulelong akan membuat kiraan hingga tiga sebelum tukul diketuk sebagai tanda lelongan itu telah berjaya.

Abdul Hamid berkata, sebelum berdaftar, mereka yang berminat untuk menyertai majlis lelong boleh menghubungi syarikatnya terlebih dahulu bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah yang mereka minati.

"Semua maklumat mengenai rumah lelong boleh didapati dalam laman web kami seperti harga pasaran, hutang tidak berbayar, deposit dan cara-cara pembelian.

"Biasanya majlis lelong ini diadakan setiap minggu ke tiga dan keempat dalam setiap bulan. Pelbagai hartanah dilelong dari harga RM1,000.00 hingga yang bernilai lebih tinggi.

"Di Ehsan Auctioneers, pelbagai lapisan pelanggan datang. Kami juga menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan seperti pinjaman, urusan peguam dan lain-lain," katanya.

Bagi mereka yang tidak berjaya, deposit bank draf tersebut akan dipulangkan.

Malah pembida boleh menggunakan deposit tersebut untuk lelongan kali kedua dan seterusnya sehingga berjaya mendapatkan rumah idaman.

Tambahnya, beliau menasihati kepada mana-mana individu yang berminat untuk memiliki rumah lelong perlu bijak memilih jenis rumah bergantung kepada kemampuan.

"Rumah yang dibeli walau kecil atau besar ia boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada pelaburan di masa hadapan.

"Sebab itu ramai individu berminat untuk mendapatkan rumah lelong untuk didiami ataupun sebagai pelaburan," ujarnya.

Sumber: Utusan Online

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Bagaimana Bank Mengisytiharkan Hartanah Dilelong

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions
Mungkin anda selalu mendengar mengenai rakan-rakan anda yang berjaya memiliki rumah lelong pada harga tidak masuk akal. Harga rumah murah ini kadang-kadang menjadi satu ikutan dan akan bosan bila terlalu banyak spekulasi dari pembida atau sindiket – sindiket rumah lelong.

Disini anda akan dikongsikan bagaimana bank melelong sesuatu hartanah. Setiap lelongan yang pernah diadakan, jika sesebuah rumah itu tidak dapat dilelong pada tarikh tertentu, pada tarikh lelongan akan datang, harga rumah lelong itu akan di turunkan sebanyak 5% atau 10% berdasarkan pada harga rizab yang diisytiharkan sebelumnya.

Kesemua bank di Malaysia mempunyai prosedur tertentu dan syarat-syarat yang ketat sebelum mengisytiharkan hartanah untuk di lelong. Ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan bank seperti menghantar surat peringatan pertama pada tuan rumah (peminjam).

Pada bulan kedua pula, pihak bank akan sekali lagi menghantar notis susulan dengan peringatan akhir agar tuan rumah (peminjam) segera membuat bayaran ansuran pinjaman rumah tersebut. Pada bulan ketiga dan keempat; pihak bank akan menghantar surat kuasa dari peguam untuk menyuruh tuan rumah (peminjam) membayar semua baki tunggakkan dalam masa 14 hari.

Selepas tarikh yang ditetapkan, pihak bank akan sekali lagi menghantar surat kuasa penarikan balik kemudahan dari pihak peguam, dan sekali lagi menuntut anda membayar segala baki tertunggak termasuk keseluruhan jumlah pinjaman dalam tempoh maksima 14 hari.

Kebiasaannya jika tuan rumah (peminjam) tidak dapat membayar ansuran rumah didalam masa tiga bulan berturut-turut secara rasminya Bank Negara menetapkan yang tuan rumah (peminjam) adalah sebagai hutang tidak berbayar (NPL). Setelah sampai tempoh lima bulan, dan anda masih tidak membuat sebarang bayaran, notis akan dikeluarkan oleh pihak bank mengenai kemungkiran suatu gadaian (borang 16D) keatas tuan rumah (peminjam).

Apabila sudah masuk pada bulan keenam dan ketujuh, anda tuan rumah (peminjam) dipanggil ke mahkamah. Prosiding mahkamah ini bergantung pada jenis geran hartanah, peguam dari pihak bank pula cepat-cepat memohon untuk memperolehi arahan jualan dari pihak mahkamah, selain itu mereka juga sibuk untuk melantik pelelong, dan menetapkan tarikh lelongan dan juga harga rizab mengikut baki pinjaman semasa tuan rumah (peminjam) sebagai peminjam.

Kebiasaan disini, bank akan melantik penilai hartanah untuk mendapatkan harga rizab lelong berdasarkan harga pasaran yang dibuat oleh penilai hartanah lelong. Segala proses ini memakan masa dalam tempoh tujuh hingga lapan sebelum rumah peminjam disytiharkan sebagai rumah lelong.

P/S: Jika anda adalah peminjam, sentiasa memastikan bayaran ansuran pinjaman perumahan anda berjalan dengan lancar agar rumah anda tidak dilelong.

==========================================================


**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Strategi Dan Teknik Pelaburan Hartanah

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions
Strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang betul untuk bermula sebagai pelabur hartanah:
  1. Tetapkan matlamat dan tujuan - Mengapa anda melabur? Inginkan kesenangan jangka pendek atau jangka masa panjang?
  2. Tentukan lokasi pilihan pelaburan dan ianya amat bergantung kepada matlamat pelaburan anda.
  3. Buat kajian pasaran dahulu terutama dari segi harta dan kadar sewa.
  4. Mulakan pencarian di lokasi yang dipilih itu sama ada media cetak atau elektronik, ejen-ejen hartanah ataupun rakan yang boleh dipercayai.
  5. Anda perlu tahu berapa jumlah keuntungan yang boleh diberikan kepada hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu.
  6. Buat perbandingan hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dari segi harga per meter persegi dan apresiasi modal. Di sini anda akan tahu pelaburan anda itu berbaloi ataupun tidak.
  7. Jika inginkan pelaburan hartanah yang berbaloi, cari kawasan yang kadar jenayahnya rendah kerana meningkatkan keselesaan penghuni kawasan tersebut.
Ikuti landasan yang tepat dalam pelaburan hartanah.

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Mengapa Hartanah Atau Rumah Lelong?

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions

Mengapa Harus Lelong?
Dunia zaman ini masyarakat telah ditawarkan dengan barangan perhiasan, koleksi peribadi, lukisan, kereta antik, hartanah, rumah, kedai, pejabat dan sebagainya yang dijual melalui lelongan dalam pelbagai cara.

Oarng ramai memikirkan bahawa jualan lelongan merupakan jalan terakhir atau sebagai satu cara pelupusan aset yang boleh menjualkan hartanah apabila tiada jalan lain lebih baik daripada perampasan harta oleh mahkamah. Hari ini kaedah lelongan moden adalah merupakan salah satu cara biasa yang dapat melupuskan aset individu di pasaran terbuka untuk satu jualan yang segera dan berkemungkinan pada harga yang tertinggi.

Mengapa menjual secara lelongan? Pada asasnya, ini adalah kerana dua komoditi yang paling bernilai dalam perniagaan adalah masa dan wang. Tempoh jualan yang lama dan menanggung kos yang tinggi dapat dielakkan melalui satu jualan lelongan yang dilakukan dengan kaedah yang betul. Ia kerap dibuktikan bahawa harta yang tidak boleh dijual pada sesuatu harga tertentu dapat dijual dengan harga tertinggi dalam jualan lelongan. Ia disebabkan kerana hartanah atau rumah akan dipromosikan dan didedahkan kepada kumpulan bakal pembeli-pembeli yang berminat.

Kaedah lelongan yang pernah dilihat sebagai jalan terakhir untuk memasarkan hartanah yang kurang laku, telah berubah sepenuhnya, terutamanya disebabkan kelebihan kaedah pemasaran ini menggunakan cara yang tidak menyusahkan pemilik. Penjual berupaya untuk menjual hartanah dalam tempoh mereka, dan justeru memaksimumkan pelaburan mereka dalam masa yang singkat.

Untuk bakal pembeli, lelongan menyediakan peluang dan kesempatan untuk keupayaan dan kesanggupan membayar nilai sebenar sesuatu hartanah atau rumah, hakikatnya, pasaran yang menentukan nilai. Nilai ini dibuktikan melalui pasaran lelongan apabila bidaan yang kompetitif dalam lelongan dan memberi peluang kepada pembeli untuk membeli pada harga pasaran, dengan keyakinan bahawa dia tidak terlebih membayar untuk hartanah atau rumah berkenaan.

Dengan itu adalah tidak menghairankan untuk membeli dan menjual dalam lelongan yang merupakan satu keputusan perniagaan jual beli yang lebih baik untuk semua pihak yang terlibat.

Kebaikan Dan Kelebihan Lelongan
  • Penjual yang melelong menentukan tarikh dan masa jualan untuk melelong.
  • Lelongan pada sesuatu masa yang ditetapkan membolehkan pihak penjual untuk mengurangkan kos-kos pegangan dan sebagainya.
  • Membangkitkan satu persekitaran yang memboleh bakal pembeli bersemangat bersaing di kalangan pembida-pembida berpotensi yang juga berminat untuk membeli.
  • Menetapkan satu tarikh dan masa tertentu untuk jualan lelongan dapat menghasilkan keperluan terdesak dan mendorong pembeli-pembeli berpotensi untuk mengambil tindakan segera. Penjual boleh menentukan terma dan syarat-syarat lelongan dan mengelakkan rundingan yang panjang berkenaan dengan harga dan terma-terma dalam jualan secara tradisional.
  • Program pengiklanan dilakukan untuk hartanah yang dijual akan menarik minat segolongan besar pembeli-pembeli yang berpotensi. Ini menjaminkan tahap nilai pasaran sesebuah hartanah atau rumah sebagaimana ditentukan oleh kuasa pasaran semasa.
  • Lelongan membolehkan harga dinaikkan secara bebas. Sudah menjadi biasa ianya akan membawa ke satu harga jualan yang lebih tinggi daripada harga yang diperolehi melalui jualan tradisional.
  • Dari segi sejarah, apabila pasaran berada dalam keadaan meningkat naik, lelongan awam telah dikenali untuk mendapatkan harga tertinggi. Apabila pasaran dalam keadaan merosot, jualan lelongan akan memperolehi harga pasaran semasa sebelum kejatuhan nilai harga.
  • Suasana dalam bidaan yang sengit menambahkan keyakinan di kalangan bakal pembeli apabila mereka melihat pembida-pembida lain sanggup membida dengan jumlah harga yang lebih tinggi untuk hartanah atau rumah yang dilelong tersebut.
==================================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Pelaburan Hartanah Untuk Masa Depan Anak

Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions

Apabila perkataan ‘pelaburan hartanah’ dibincangkan, kebanyakan orang akan melihat dari sudut pendapatan sewa (rental income) dan juga keuntungan hasil jualan hartanah selepas nilainya meningkat. Tidak dapat dinafikan bahawa memang itu cara yang selalu dipraktiskan oleh orang ramai apabila melabur didalam bidang hartanah.

Tetapi, bagi seseorang yang berpandangan jauh dan mengutamakan nilai-nilai kekeluargaan, pelaburan hartanah sebenarnya mampu memberi manfaat untuk kebaikan anak-anak pada jangka masa panjang. Banyak kaedah yang boleh diaplikasikan untuk kemudahan anak-anak kita.

Salah satu cara untuk menampung keperluan anak-anak kita ialah dengan menyewa hartanah tersebut selepas pembelian telah dilaksanakan. Hartanah tersebut tidak kira sama ada apartment, rumah teres mahupun lot kedai (shoplot), Keuntungan daripada sewa terbabit boleh dijadikan wang untuk perbelanjaan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa kadar sewa bulanan akan naik dalam 3 hingga 5 tahun akan datang. Oleh yang demikian, untung bersih juga akan meningkat bersesuaian dengan keperluan dan kehendak anak-anak yang semakin meningkat.

Apabila anak kita ingin melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau ijazah, wang yang banyak diperlukan untuk menanggung perbelanjaan ini. Jika anak kita mendapat tajaan atau pinjaman kerajaan, beban kita dapat dikurangkan.

Tetapi, jika diperhatikan situasi pada masa kini, peluang untuk mendapatkan tajaan atau pinjaman kerajaan semakin sukar kerana persaingan yang lebih sengit, peningkatan jumlah pelajar yang layak memohon dan dana yang disediakan semakin berkurangan.

Jika tidak mendapat keistimewaan ini, bagaimana kita sebagai ibu bapa perlu bertindak untuk mendapatkan sejumlah besar wang? Salah satu caranya ialah kita memohon kepada bank untuk ‘refinance’ hartanah terbabit supaya kita mendapat sejumlah wang yang besar bagi menjamin pendidikan anak-anak.

Perlu diingatkan bahawa hartanah tersebut akan meningkat harganya dalam jangka masa panjang.Selain itu, nilai hutang asal kita dengan bank semakin berkurangan kerana setiap bulan kita telah membayar ansuran bulanan.

Sebagai contoh, rumah teres di kawasan Setiawangsa pada tahun 2000 bernilai RM120,000.00. Selepas 10 tahun berlalu, harga rumah tersebut meningkat menjadi RM300,000.00.

Oleh yang demikian, jika kita memohon untuk re-finance, pada margin 90%, sebanyak RM270,000.00 dapat diperolehi. Selepas menolak baki hutang sebelumnya, mungkin RM200,000.00 bersih dapat digunakan untuk pendidikan anak-anak bagi menyambung ke peringkat diploma dan ijazah.

Keuntungan ini akan menjadi lebih banyak jika dikira wang ansuran bulanan yang telah ‘dibayar’ oleh penyewa. Selepas tamat pelajaran di peringkat tinggi, anak kita akan memulakan karier dan semestinya memerlukan rumah untuk didiami. Rumah terbabit boleh diduduki oleh anak kita dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan anak kita di permulaan kerjayanya.

Situasi ini boleh berlaku jika rumah yang dibeli itu berdekatan dengan tempat kerja barunya atau kawasan rumah itu senang untuk menggunakan kemudahan awam seperti bas dan LRT.
 Secara tidak langsung, perbelanjaan bulanan anak kita dapat dijimatkan dan seterusnya sejumlah wang dapat disimpan untuk berkahwin atau digunakan untuk tujuan pelaburan lain.

Para ibubapa perlu sedar bahawa seseorang yang sudah bekerja pada masa sekarang dengan bergaji RM2500 sebulan tidak akan mampu untuk membeli sebuah rumah dalam masa yang terdekat. Inikan pula 10 hingga 20 tahun akan datang!

Sementelaah itu, anak kita juga boleh ‘ditugaskan’ untuk menyambung bayaran ansuran bulanan kepada bank dan seterusnya mengurangkan beban kita pada masa itu.

Seterusnya, apabila anak kita ingin melangsungkan perkahwinannya, ibu bapa mungkin dapat menghadiahkan rumah tersebut sebagai hadiah perkahwinan. Tambahan lagi anak kita sudah mula membayar ansuran bulanan rumah terbabit.

Hal ini dapat mengurangkan belanja selepas kahwin anak kita dan wang tersebut bolehlah disimpan jika berlaku kecemasan atau persediaan untuk menyambut cahaya mata.

Walaubagaimanapun, kaedah pelaburan hartanah untuk anak-anak ini amatlah bergantung kepada kemampuan kita pada masa sekarang. Tetapi, jika tidak bermula dari sekarang, apakah nasib anak-anak kita 10 hingga 20 tahun akan datang?

Harga hartanah makin meningkat dan di sesetengah kawasan yang strategik, hartanah itu meningkat sebanyak 10% dalam masa 6 bulan dan harganya terus meningkat.

Peningkatan harga hartanah ini memang tidak dapat dibendung lagi. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa, kita perlu membuat persediaan yang rapi demi kepentingan masa depan anak-anak kita.

Sumber: www.drumah.com

P/S: Tunggu apa lagi..! Beli rumah untuk persediaan belanja kahwin pendidikan anak-anak. :-)

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Menjana Pendapatan Dengan Rumah Lelong


Hartanah Lelong | Rumah Lelong Murah | Property Auctions
  • Anda pernah mendengar berkenaan rumah lelong?
  • Anda menyangka rumah lelong adalah rumah yang penuh dengan hutang?
  • Anda berfikiran bahawa rumah lelong adalah teruk dan banyak masalah?
  • Anda berfikiran proses jual beli  yang rumit dan tidak tahu cara untuk membeli?
Ini adalah tanggapan biasa yang difikirkan sesetengah orang suatu masa dahulu. Tetapi sekarang tidak lagi kerana sudah ramai yang menjana keuntungan atau buat duit dengan terlibat dalam pelaburan jual beli rumah lelong. Sebenarnya rumah lelong tidaklah seburuk atau sesukar mana yang anda fikirkan. Ada rumah lelong yang masih lagi dalam keadaan baik dan selesa untuk diduduki malah ada juga yang tidak pernah berpenghuni.

Sebenarnya anda berhak memilih rumah lelong yang anda minat untuk diduduki atau disewakan dengan hanya membuat tinjauan ke tapak lokasi dan memeriksa keadaan kawasan terbabit dengan teliti. Sekiranya rumah terbabit masih dalam keadaan baik dari sebarang masalah, anda boleh membuat keputusan untuk membelinya.

Apa yang anda perlu tahu adalah harga rumah lelong sebenarnya adalah lebih rendah dan murah daripada harga pasaran. Sekiranya harga pasaran di kawasan tersebut untuk sebuah rumah bernilai RM100,000.00, rumah lelong di kawasan yang sama berkemungkinan dilelong dengan harga bermula dari RM60,000.00. Jika anda berjaya membida dan membeli rumah lelong tersebut dengan harga RM70,000.00, anda telah pun menjimatkan wang dan mendapat keuntungan sebanyak RM30,000.00.

Tetapi harus diingatkan bahawa dalam usaha untuk membeli rumah lelong, anda terpaksa berlawan harga dengan orang lain yang berminat dengan rumah berkenaan. Anda perlu melawan harga dengan mereka tetapi janganlah melebihi dari harga pasaran atau tahap status kelayakan sekiranya anda membuat pinjaman bank. Jika harga rumah lelong yang dibeli adalah lebih tinggi daripada harga pasaran, ianya amat merugikan.

Bagaimana Menjana Keuntungan melalui rumah lelong.

Ada beberapa cara dan teknik untuk membuat keuntungan dengan rumah lelong:

Jual
Anda boleh menjual terus rumah terbabit dengan harga pasaran jika harranya boleh membawa keuntungan. Anda mendapat keuntungan hasil daripada perbezaaan harga anda semasa membeli rumah terbabit dengan harga pasaran. Jika perlu diubah suai rumah tersebut, anda boleh menjualnya dengan harga yang sedikit tinggi daripada pasaran.

Sewa
Rumah terbabit anda sewakannya dan boleh juga digunakan untuk menjana pendapatan pasif. Swakan rumah tersebut dengan harga pasaran. Jika anda hendak sewakan dengan harga yang tinggi sedikit, anda boleh membuat pengubahsuaian atau menambah perabot asas.

Sewa Dahulu, Kemudian Jual
Anda boleh menunggu harga pasaran meningkat ke tahap yang anda kehendaki. Sebagai contoh anda perlu menunggu selama 5 Tahun untuk anda mendapatkan 25% keuntungan daripada harga asal yang anda beli dari lelongan terbabit. Sementara menunggu anda boleh sewakan rumah berkenaan kepada penyewa mengikut harga pasaran.

==========================================================

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.

Tags: hartanah, rumah, lelong, duit, jual, beli

Property Group - Residential (Kuala Lumpur)

No
Details
Reserve Price (RM)
Property Type
Date Auction
1
No. 18, Jalan 2/23B, Danau Kota, Setapak, 53300
330,000.00
Intermediate
27-11-2012
2
No. 52, Jalan 16/142, Taman Orkid Desa, Cheras, 56000
280,000.00
Intermediate
28-09-2012
3
Unit No. 1-16-2, Block B1, Pantai Hillpark Phase 2, Jalan Pantai Dalam, 59200
225,000.00
Condominium
20-09-2012
4
No. 47, Jalan 16/38E, Taman Sri Sinar, Segambut, 51200
220,000.00
Intermediate
19-09-2012
5
No. M7-2-03, Block M7, Gagah Apartment, Taman Tun Perak, 56000 Cheras
108,000.00
Apartment
18-09-2012
6
Unit No. 17-5-11, The Palladium, Jalan Gurney 2, 54000
300,000.00
Condominium
18-09-2012
7
Unit No. B-18-10, Block B, Pangsapuri Kos Rendah, Jalan 30/146, Bandar Tasik Selatan, Jalan Sungai Besi, 57000
78,000.00
Flat
18-09-2012
8
No. 5, Jalan Serai, Off Jalan Halimanton, Batu 2 1/2, Jalan Klang Lama, 58000
800,000.00
Semi-D
13-09-2012
9
Unit No. C-15-02, Block C, Pangsapuri Kos Rendah, No, 2 Jalan 30/146, Bandar Tasik Selatan, 57000
75,000.00
Apartment
13-09-2012
10
Unit No. 1-8-8, Pantai Panorama Kondominium, Jalan 112H, Off Jalan Kerinchi, 59200
430,000.00
Apartment
12-09-2012
11
No. 7, Jalan 3, Taman Len Seng 56000, Cheras
1,440,000.00
Bungalow
12-09-2012
12
No. 6-4-4, Pangsapuri Angsa, Jalan 6/38A, Taman Sri Sinar, Segambut, 51200
115,000.00
Apartment
12-09-2012
13
Unit No. 32-5-6, Pandan Heights Condominium 1, No.9, Jalan 1/91B, Pandan Perdana, 55300
155,000.00
Condominium
12-09-2012
14
Unit No. 42A-4-2, BAM Villa, Jalan Pria, Taman Maluri, 55100
270,000.00
Condominium
12-09-2012
15
Unit No. 201, 1st Floor, Block A11, Section 2, Bandar Baru Wangsa Maju, 53300 Setapak
120,000.00
Apartment
12-09-2012
16
No. 9, Lorong Chan Chin Mooi 1, Taman Tasik Titiwangsa, 53200
3,080,000.00
Bungalow
11-09-2012
17
Unit No. 9-10-12, Block 9, Genting Court Condominium, Taman Setapak Indah Jaya, Off Jalan Genting Klang, 53300
135,000.00
Condominium
08-09-2012
18
Unit No. D15-01, Greenpark Condominium, Jalan Awan Pintai, Taman Yarl, 58200
250,000.00
Condominium
08-09-2012
19
Unit No. 25-1-2, Kelumpuk Kemunting D, Jalan 30/56, Ampang/Hulu Klang, 54200
80,000.00
Flat
08-09-2012
20
Unit No. A8-1-5, Desa Pandan, Kampung Pandan, 55100
120,000.00
Apartment
08-09-2012
21
Unit No. 3-10-8, 10th Floor, Block 3, Taman Miharja Phase 2, Jalan Palong, Off Jalan Cheras, 55200
65,000.00
Apartment
08-09-2012
22
No. 53-4-4, Block 53, Jalan 3/109C, Taman Abadi Indah, Off Jalan Kelang Lama, 58100
135,000.00
Apartment
08-09-2012
23
Unit No. 7-0-3, Kelumpuk Mawar Jalan 16/56, Ampang/Ulu Kelang, 54200
80,000.00
Flat
08-09-2012
24
Unit No. 30-1, Jalan 2/1126B, Kuchai Entrepreneurs Park, Off Jalan Kuchai Lama, 58200
90,000.00
Apartment
08-09-2012
25
Unit No. A-5, KH Villa Hartamas( Formerly Kenny Heights Estate), Jalan Sri Hartamas 17, Taman Sri Hartamas, 50480
3,843,900.00
Town House
06-09-2012
26
Unit No. A-11-6, Block A, Desa Gembira Condominium, No. 6, Jalan 1/127A, Off Jalan Kuchai Lama, 58200
270,000.00
Condominium
06-09-2012
27
No. 5, Jalan Lembah Tunku, Bukit Tunku, 50480
3,726,000.00
Bungalow
06-09-2012
28
Unit No. D-6, KH Villa Hartamas( Formerly Kenny Heights Estate), Jalan Sri Hartamas 17, Taman Sri Hartamas, 50480
3,951,000.00
Town House
06-09-2012
29
Unit No. C-2, KH Villa Hartamas( Formerly Kenny Heights Estate), Jalan Sri Hartamas 17, Taman Sri Hartamas, 50480
4,020,300.00
Town House
06-09-2012
30
Unit No. C-3A, KH Villa Hartamas( Formerly Kenny Heights Estate), Jalan Sri Hartamas 17, Taman Sri Hartamas, 50480
4,021,200.00
Town House
06-09-2012
31
Unit No. 7-3A, 3rd Floor, Jalan Sri Sentosa 2B, Taman Sri Sentosa, 58000
56,700.00
Apartment
06-09-2012
32
Unit No. B-7, KH Villa Hartamas( Formerly Kenny Heights Estate), Jalan Sri Hartamas 17, Taman Sri Hartamas, 50480
3,813,300.00
Town House
06-09-2012
33
No. 28, Jalan Datuk Sulaiman 6, Taman Tun Dr Ismail, 60000
1,116,000.00
Intermediate
05-09-2012
34
No. 4-6-7, Blok 4, Tivoli Villas Kondominium, Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya, 59100
490,000.00
Condominium
05-09-2012
35
No. 2-14-05, Blok 2, BPB Peruamahan Vista Angkasa Kos Rendah, Bukit Kerinchi, 59200
65,000.00
Flat
05-09-2012
36
Unit No. A-0-12, Tiara Court, Jalan 1/18C, Off Jalan Ipoh, Taman Mastaria, 51200
390,000.00
Town House
04-09-2012
37
No. 49, Jalan 25/119, Taman Taynton View, Cheras, 56000
400,000.00
Intermediate
04-09-2012
38
No. 12, Jalan Pria 6, Taman Maluri, 55100
470,000.00
Intermediate
03-09-2012
39
No. 9, Jalan Tasik Selatan 17, Bandar Tasik Selatan, 57000
390,000.00
Intermediate
03-09-2012
40
Unit No. 10E-4-6-3, Sri Kinabalu Condominium, Section 10, Wangsa Maju, 53300
165,000.00
Condominium
30-08-2012
41
Unit No. C3-04, 2nd Floor, Block C, Damai Court, Jalan Damai Indah 2, Taman Damai Indah, 56000, Cheras
55,000.00
Flat
30-08-2012
42
Unit No. B-01-02, Block B, Angkasa Impian Condominium, No. 16, Lorong Sahabat, 50200
640,000.00
Condominium
30-08-2012
43
Unit No. E15-4-5, Tingkat 4, Block E15, Flat Desa Pandan, Kampong Pandan, 55100
105,000.00
Apartment
30-08-2012
44
No. 15-8-19, 8th Floor, Block 15, Teratai Mewah Apartment, Jalan Langkawi 53000 Setapak
100,000.00
Apartment
29-08-2012
45
Unit No. A2-13A-3, Level 13A, Sri Putramas II, Jalan Kuching, 51200
410,000.00
Condominium
29-08-2012
46
Unit No. 3-3-6, 3rd Floor, Block 3, Pangsapuri Intan, Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, 56100
52,650.00
Flat
29-08-2012
47
No. D-05-15, 8th Floor , Block D, Perumahan Pantai Permai, Off Jalan Pantai Dalam
65,000.00
Flat
29-08-2012
48
Unit No. B-09-08, 9th, Floor, Monte Bayu Condominium, Jalan Bukit Pandan Bistari 5, Cheras Baru 56100 Cheras
250,000.00
Condominium
29-08-2012
49
Unit No. C-10-06, 10th Floor, Block C, Sri Sentosa AC4, Jalan Sri Sentosa, Taman Sri Sentosa, 58000
65,000.00
Flat
29-08-2012
50
Unit No. A-05-07, Pangsapuri Bukit Baru, Jalan Keramat Hujung 54000
85,000.00
Flat
29-08-2012
  • Sila rujuk alamat dengan menggunakan peta Google Map.
  • Sila buat tinjauan dan pemeriksaan sendiri ke atas hartanah/rumah lelong berkenaan dengan teliti.
  • Pihak admin tidak bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan maklumat yang disenaraikan. (Segala maklumat yang terkandung adalah dari sumber pihak bank yang melelong)
Untuk pertanyaan maklumat berkenaan hartanah/rumah lelong yang disenaraikan, sila hubungi: 017-608 0932 (Faizal)

**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.