Mengapa Harus Lelong?
Dunia zaman ini masyarakat telah ditawarkan dengan barangan perhiasan, koleksi peribadi, lukisan, kereta antik, hartanah, rumah, kedai, pejabat dan sebagainya yang dijual melalui lelongan dalam pelbagai cara.
Oarng ramai memikirkan bahawa jualan lelongan merupakan jalan terakhir atau sebagai satu cara pelupusan aset yang boleh menjualkan hartanah apabila tiada jalan lain lebih baik daripada perampasan harta oleh mahkamah. Hari ini kaedah lelongan moden adalah merupakan salah satu cara biasa yang dapat melupuskan aset individu di pasaran terbuka untuk satu jualan yang segera dan berkemungkinan pada harga yang tertinggi.
Mengapa menjual secara lelongan? Pada asasnya, ini adalah kerana dua komoditi yang paling bernilai dalam perniagaan adalah masa dan wang. Tempoh jualan yang lama dan menanggung kos yang tinggi dapat dielakkan melalui satu jualan lelongan yang dilakukan dengan kaedah yang betul. Ia kerap dibuktikan bahawa harta yang tidak boleh dijual pada sesuatu harga tertentu dapat dijual dengan harga tertinggi dalam jualan lelongan. Ia disebabkan kerana hartanah atau rumah akan dipromosikan dan didedahkan kepada kumpulan bakal pembeli-pembeli yang berminat.
Kaedah lelongan yang pernah dilihat sebagai jalan terakhir untuk memasarkan hartanah yang kurang laku, telah berubah sepenuhnya, terutamanya disebabkan kelebihan kaedah pemasaran ini menggunakan cara yang tidak menyusahkan pemilik. Penjual berupaya untuk menjual hartanah dalam tempoh mereka, dan justeru memaksimumkan pelaburan mereka dalam masa yang singkat.
Untuk bakal pembeli, lelongan menyediakan peluang dan kesempatan untuk keupayaan dan kesanggupan membayar nilai sebenar sesuatu hartanah atau rumah, hakikatnya, pasaran yang menentukan nilai. Nilai ini dibuktikan melalui pasaran lelongan apabila bidaan yang kompetitif dalam lelongan dan memberi peluang kepada pembeli untuk membeli pada harga pasaran, dengan keyakinan bahawa dia tidak terlebih membayar untuk hartanah atau rumah berkenaan.
Dengan itu adalah tidak menghairankan untuk membeli dan menjual dalam lelongan yang merupakan satu keputusan perniagaan jual beli yang lebih baik untuk semua pihak yang terlibat.
Kebaikan Dan Kelebihan Lelongan
- Penjual yang melelong menentukan tarikh dan masa jualan untuk melelong.
- Lelongan pada sesuatu masa yang ditetapkan membolehkan pihak penjual untuk mengurangkan kos-kos pegangan dan sebagainya.
- Membangkitkan satu persekitaran yang memboleh bakal pembeli bersemangat bersaing di kalangan pembida-pembida berpotensi yang juga berminat untuk membeli.
- Menetapkan satu tarikh dan masa tertentu untuk jualan lelongan dapat menghasilkan keperluan terdesak dan mendorong pembeli-pembeli berpotensi untuk mengambil tindakan segera. Penjual boleh menentukan terma dan syarat-syarat lelongan dan mengelakkan rundingan yang panjang berkenaan dengan harga dan terma-terma dalam jualan secara tradisional.
- Program pengiklanan dilakukan untuk hartanah yang dijual akan menarik minat segolongan besar pembeli-pembeli yang berpotensi. Ini menjaminkan tahap nilai pasaran sesebuah hartanah atau rumah sebagaimana ditentukan oleh kuasa pasaran semasa.
- Lelongan membolehkan harga dinaikkan secara bebas. Sudah menjadi biasa ianya akan membawa ke satu harga jualan yang lebih tinggi daripada harga yang diperolehi melalui jualan tradisional.
- Dari segi sejarah, apabila pasaran berada dalam keadaan meningkat naik, lelongan awam telah dikenali untuk mendapatkan harga tertinggi. Apabila pasaran dalam keadaan merosot, jualan lelongan akan memperolehi harga pasaran semasa sebelum kejatuhan nilai harga.
- Suasana dalam bidaan yang sengit menambahkan keyakinan di kalangan bakal pembeli apabila mereka melihat pembida-pembida lain sanggup membida dengan jumlah harga yang lebih tinggi untuk hartanah atau rumah yang dilelong tersebut.
==================================================================
**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.