- Tetapkan matlamat dan tujuan - Mengapa anda melabur? Inginkan kesenangan jangka pendek atau jangka masa panjang?
- Tentukan lokasi pilihan pelaburan dan ianya amat bergantung kepada matlamat pelaburan anda.
- Buat kajian pasaran dahulu terutama dari segi harta dan kadar sewa.
- Mulakan pencarian di lokasi yang dipilih itu sama ada media cetak atau elektronik, ejen-ejen hartanah ataupun rakan yang boleh dipercayai.
- Anda perlu tahu berapa jumlah keuntungan yang boleh diberikan kepada hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu.
- Buat perbandingan hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dari segi harga per meter persegi dan apresiasi modal. Di sini anda akan tahu pelaburan anda itu berbaloi ataupun tidak.
- Jika inginkan pelaburan hartanah yang berbaloi, cari kawasan yang kadar jenayahnya rendah kerana meningkatkan keselesaan penghuni kawasan tersebut.
==========================================================
**Ingin mencari hartanah/rumah lelong idaman?? Sila daftarkan diri dengan mengisi borang pencarian hartanah/rumah lelong disini.